
Semua baju, kami layan.
Studio DTF printing untuk baju event, kelab, korporat dan jenama streetwear anda. Hantar design, kami cetak tajam, terang dan tahan lasak.
- 3,400+
- pelanggan puas hati
- 5 tahun
- di dalam industri
Satu studio, semua jenis tempahan.
Tempahan kecil untuk kelab atau ratusan helai untuk event syarikat, setiap baju lalu tangan pasukan yang sama.
Baju event & kelabRun, kenduri, reunion, kelab motor dan sukan.Minta harga
Baju korporat & uniformLogo syarikat yang kemas di dada, lengan dan belakang.Minta harga
Merch jenama sendiriStreetwear, drop terhad dan merch untuk content creator.Minta harga
Cetak DTF film sahajaUntuk yang ada heat press sendiri. Kami cetak, anda tekan.Minta hargaDari fail ke baju dalam 3 langkah.
Dalam studio






Dapatkan sebut harga dalam 1 minit
Mula sebut hargaSebelum anda tempah
Apa itu DTF printing?
DTF (Direct to Film) ialah cara cetak design pada film khas, kemudian ditekan pada baju dengan heat press. Hasilnya warna terang, detail tajam, dan boleh dicetak pada kain cotton, poliester atau campuran.
Berapa minimum tempahan?
Bergantung pada jenis baju dan design anda. Isi borang sebut harga dan kami beritahu harga serta minimum tempahan terus di WhatsApp.
Berapa lama untuk siap?
Bergantung pada kuantiti dan giliran semasa. Beritahu tarikh anda perlukan baju dalam borang, dan kami sahkan tarikh siap sebelum mula.
Saya belum ada design. Boleh bantu?
Boleh bincang. Pilih "Belum, perlukan bantuan" dalam borang dan ceritakan idea anda, pasukan kami akan hubungi anda.
Fail apa yang paling sesuai?
PNG dengan latar telus atau PDF/AI dalam resolusi tinggi. Kalau tak pasti, hantar sahaja apa yang ada dan kami semak dahulu.
Ada soalan lain?
Tanya terus, kami balas di WhatsApp.

Di sebalik Inspire Printing
Inspire Printing ialah studio printing baju di bawah ZR Project, diasaskan oleh Hafiza Razak. Visi kami mudah: menjadi syarikat printing baju yang terbesar dan paling dikenali di Malaysia. Caranya juga mudah. Servis yang pantas, mesin terkini dan pasukan yang betul-betul ambil kisah tentang setiap helai baju yang keluar dari studio kami.
Lokasi kedai
Inspire Printing Enterprise Jalan Novelis U1/86, Laman Glenmarie Seksyen U1, 40250 Shah Alam, Selangor
Ada design?
Dapatkan harga hari ini.



Ikuti kami